Tuesday, July 6, 2010

Proton EMAS

Pada pendapat korang, akan diterimakah kereta proton ini pada masa akan datang? EMAS konsep, sekiranya berjaya diterima dengan teknologi hybrid atau elektrik sudah pasti akan diterima rakyat. Yang perlu diperkembangkan adalah infrastruktur dan kemudahan lain selain teknologi bateri kereta yang sudah pastinya akan bertambah masuk dari masa ke semasa. Sebagai contoh, ketahanan bateri untuk menyimpan lebih banyak cas elektrik untuk tempoh penggunaan yang lebih lama dan dengan adanya teknologi ini, akan lebih menyelamatkan alam dari pencemaran.

Sudah pastinya halangan dari dunia perniagaan ialah Petronas....sektor minyak negara, akan menghadapi persaingan dari segi sumber. Jika semua orang menggunakan elektrik (of course TNB), siapa akan menggunakan minyak (Petronas)?

Tapi mari kita fikir secara praktikal sebagai pengguna. Aku sebagai pengguna tidak menghadapi untuk membeli kereta ini. Penjimatan minyak kerana menggunakan elektrik, kita boleh menganggap elektrik ini seumpama kita menggunakan NGV? Selain itu, kita dapat mengecas semula.....tetapi akan menghadapi masalah jika individu yang tinggal di pangsapuri @ kondominium. Namun semuanya akan dapat diselesaikan jika kerajaaan dapat menyediakan infrakstruktur untuk teknologi yang baru ini.

Sekadar pendapat peribadi.... :-)) betul, betul, betul

No comments:

Post a Comment